Rabbi Yassir Walla Tu'assir

Rabbi Yassir Walla Tu'assir
Rabbi Yassir Walla Tu'assir

Monday, October 6, 2014

Bateri Double A.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Aku bukan nak cerita pasal bateri double A pun sebenarnya. Tapi lebih kepada nak mengarut. Ni entri pasal kawan aku, Ain dan Ady bertunang. Last aku pergi kawan aku bertunang/kahwin adalah pada hari raya tahun lepas. Raya keberapa aku tak ingat. Tapi setakat ni, kawan-kawan sekolah je yang aku pergi kenduri kahwin/bertunang. Kawan-kawan uni tak pernah rasanya. Percubaan nak pergi kenduri kahwin paling latest iaitu pada Mei tahun ini adalah gagal sebab aku accident. Yes, on the way pergi kenduri. Jadi tak dikira sebagai menghadiri. Macam pergi tuisyen pulak rupa statement aku ni. Haha.

Semalam, aku berjaya hadir ke majlis pertunangan kawan aku ni. Berjaya katakau. Macamlah sebelum-sebelum ni tak berjaya kan. Tapi memang pun. Hakhak. Gagal. Mungkin aku kena duduk rumah je kot. Jadi budak baik. Tapi semalam aku dapat makan nasik kenduri. Yay! Kesian dekat diri sendiri. Rupa macam gelandangan je bunyi dia. By the way, ececeh, kawan aku ni namanya Ain Amirah atau nama penuh dia Nur Ain Amirah binti Sharifuddin. Haha. Macam confident habis je aku taip nama penuh dia ni. Padahal aku main petik je. Wakaka. Kawan aku ni best. Yang paling best suara dia. Aku pun tak tahu kenapa aku suka suara dia. Macam gila je pengakuan. Matilah kalau dia tahu. Confirm prasang habis.

Ekeke.

Ceritanya, lepas lebih 2 tahun menyulam cinta dalam onak duri penuh ranjau taufan badai halilintar bagai, akhirnya Ain telah selamat dipinang oleh jejaka idaman Ain seorang je, Ady. Nama panjang aku tak tahu. Haha. Tak penting pun nak tahu. Tunang orang. Wakaka. Dua-dua sepadan, bagai selipar sama design dan warna. Yang bestnya, Ain ni dah nak habis study dah, final semester dan nanti habis-habis je study boleh terus kahwin. Huhu. Yang aku sedih ni dah kenapa? Sebab aku tak habis study ke habis study ke tak kahwin-kahwin jugak cerita dia. Bhahaha.

Jadi semalam, aku pergi lah rumah Mak Bapak dia dekat Balakong. Naik komuter aje. Dengan kawan aku, Kak Sue. Psst, Kak Sue ni single. Haha sempat lagi hoi promote. Macam agen Baitulmuslim pun ada aku ni. Ekeke. Pukul 9.30 pagi keluar, majlis pukul 11 pagi, kitorang sampai pukul 11.15 pagi camtu. Sampai je nak sesak napas takut ramai orang dah, tengok-tengok takde pun orang. Fuh, lega mak. Ain pun tak siap lagi time tu. Kemain aku yang nerbes takut orang dah ramai sampai. Segan I ols okey. I ols kan pemalu.

Hikhik.

After all, ni antara gambar yang sempat aku ambik. Sebab ramai orang nak bergambar. Aku pun tak paham. Nak kata glemer, tak jugak. Hakhak. Mati kali kedua aku kalau Ain tahu aku kata dia tak glemer. Gurau ye noks. Dah kenapa aku bercakap macam mak nyah dah ni? Rasa nak muntah keluar bijirin Trix warna-warni pulak rasanya.




































Cuna cari perbezaan. Wakaka. Kbai.








Disebabkan entri ni dah naiktaraf jadi jeruk, maka aku memang malas gila nak edit gambar. Maka korang dapatlah muka ikan masin dekat situ. Zzz.


Selamat meniti zaman pertunangan, Ain dan Ady!



Tschus!

Sunday, August 31, 2014

Tinggalkan Sedikit-sedikit. Mulakan Perlahan-lahan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bermujahadah itu pahit.

Tetapi, syurga itu manis.

Bait-bait kata seorang sister itu buat aku rasa amat... deep. 

Samalah macam dunia ini berat bagi seorang Mukmin yang bertaqwa. Bagi sisters, perlu memelihara auratnya sebaik mungkin. Bagi brothers, perlu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sebetulnya. Tak macam kafir, dunia ni ibarat syurga. Akhirat bagi mereka ni tak wujud. Kita selalu tertanya kenapalah berat sangat ujian yang Allah turunkan pada kita, hingga terkadang tak sempat menarik hela baru, sudah berentetan cabaran baru dari Allah. Bagi yang kurang imannya, akan terasa diri seakan dihukum atas dosa-dosa lalu. Namun, Maha Suci Allah, keampunan Allah itu maha luas daripada kemurkaan-Nya.

Ya benar. Bila diri terasa seperti dihempuk-hempuk ujian baru, rasa macam nak hentak-hentak jugak kepala ke dinding. Pandangan akan terasa malap. Hati terasa kecut. Perut tak terasa lapar. Bingitnya otak melampaui sunyinya gegendang telinga. Diri terasa sendiri. Kosong. Fuh, rasa loser. LOSER katakau. Eh, kata aku. Semakin rasa nak keluar dari ujian ni, semakin rasa tersesat jauh ke dalam. Bala? Bukan bala. Malapetaka? Lagilah bukan. Allah tidak kejam, bukan?

Kasih sayang? Oh ya. Kasih sayang. Berkali-kali kau akan usapkan bahu mengatakan sabarlah wahai bahu yang memikul. Good girl/boy don't cry. For no reason.

Nak cari hidayah. Bukan senang. Susah. Aku tahu susah. Tapi seperti jodoh, hidayah perlu dicari. Aku tahu orang muda macam aku sibuk mencari jodoh kan? Muda macam aku ek? Haha. Bagus. Carilah jodoh yang baik. Segala sesiapa yang pernah datang dalam hidup kau bukanlah jahat, tidak cukup baik atau sebagainya tetapi dia bukanlah jenis-jenis kau. Setiap dari kita akan dipasangkan dengan jenis-jenis kita, supaya boleh berkasih-kasihan. Tetapi, seeloknya dalam kesibukan memikir/mencari jodoh, luangkan waktu untuk memikirkan cara memperbaiki diri. Bagi diri aku, aku rasa aku belum layak untuk bergelar seorang isteri. 

Kenapa? Setelah difikir-fikir, aku masih punya kurang ilmu! Ya Allah, cetek benar rasanya apa yang aku tahu setakat ini. Tentang aku. Tentang agama. Tentang Allah!

Layakkah aku memegang amanah sebagai pembina sebuah ummah? Dengan diri yang botak dengan ilmu? 

Serius aku malu. Ya, aku malu. Kerana sibuk memikirkan perihal jodoh dari memperbaiki diri dan agama. Serta mengenal Allah. Aku lupa itu. Si Dia yang sejak azali wujud dan tak pernah mati. Cinta yang tak pernah padam. Aku tak cuba nak mengenali Dia dengan sebaiknya. Dengan sisa-sisa nafas yang dibekalkan Dia.

Malu beb.

Kecundang dengan cinta? Boleh. Kecundang dengan matlamat Akhirat? No. Berjejeran air mata pun kau tak boleh hidup balik kalau dah mati. Muhasabah lah diri. Muhasabah lah hati. Siapa yang kau perlukan sebenarnya dalam hidup ini. Tu. Yang di atas sana. Dongak sebentar. Matikan hati pada kegigihan mendapat perhatian manusia. Perhatian Allah itu lagi dashyat dan nikmat. Susah memang susah, tapi a small step resulting into a big changes. 

Permulaan pertama mungkin kau akan berhadapan dengan kata-kata keji orang sekeliling. Mungkin akan mengatakan yang kau mula nak berlagak baik, alim dan blablabla. Kau mungkin akan perlu tebalkan muka bertanya sana, bertanya sini seolah-olah kau terdesak. Tadahkan saja bero/awek. Eh, brothers/sisters. Rasa segan, terhegeh-hegeh itu kejap saja, yang penting kau capai matlamat atau apa yang kau hajatkan. Kalau kau bersedia tinggalkan dunia lama, kawan-kawan lama yang mungkin membinasakan, maka tinggalkan. Bukan putuskan. Tinggalkan saja. Demi kebaikan diri kau. Fasa terhegeh-hegeh ini akan buat kau rasa kau lah loser abad kelapan tapi jika menagih cinta Allah itu perlu buat kau nampak bodoh/hina di mata manusia, TADAHKAN. Ganjarannya? 

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Allahu'alam.

Semoga berjaya mencari/mendapat HIDAYAH.




Tschus!

Tuesday, August 26, 2014

Air.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Heyo!

Air satoo! 

Apa kau ingat ni kedai Mak Cik Leha Kangkung nak order-order air? Cuba senonoh sikit. Nak air boleh, nanti aku blutut. Sila on blutut kau ini jam jugak. Hoha.

Memandangkan aku dah sedia maklum yang kau tak suka mandi, maka aku mahlom lah yang kau mesti tak suka kan bab-bab air ni? Haa, betoi tak percaturan ku ini? Weeha.

Aku suka. So aku nak cerita pasal air. Yes, aku suka hoi.

Syok sendiri nya aku. Yeppa.

Aku suka air tapi aku bukan lah binatang dua alam. Aku bukan boleh hidup dalam air oi. Kalau boleh, dah lama aku bukak shopping complex dalam air, boleh juai seluar kotak dekat SpongeBob seluar kotak yeah. Kayo makcik kayo. Aku suka air secara natural gitu. Mungkin gak ah pengaruh rakan sebaya genetik sebab keturunan Mak Bapak aku adalah orang laut, bugese bugeseee. Pfft. Tapi, itulah, realitinya, aku dah boleh berdiri umur 8 bulan dan mula berjalan menyepak orang bola pada usia seawal 9 bulan, malah tetiba boleh berenang kuak lentang secara tiba-tiba pada usia entah, remaja kot. Tak lah tiba-tiba sangat cuma aku tak pernah belajar pun. Letak badan dalam air terus boleh berenang bak ang! Tehee.

Dasat tak?

Mihmih.

Mungkin sebab Ayah aku suka bawak aku berendam dalam air masa aku kecik-kecik dulu kot. Takkan berendam dalam api pulak kan mak lahai hazabedah nya tabiat. Nauzubillah min zalik. Huhu. Jadi, tendency untuk aku mesra dengan air tu amatlah tinggi. Yehaa.

Okeh, sebenarnya aku bukan nak mengarut pasal aku, aku nak ceramah pasal air. Hah, ceramah lah sangat. Ni apa yang aku nak kongsikan lah pasal kemujaraban air ni. Berdasarkan pengalaman aku lah, aku pernah menjalani beberapa episod rawatan alternatif yakni rawatan Islam. Woah, episod engkau! Mengalahkan cerita Rosalinda Mi Amor. Haha. Then, nak dijadikan cerita sebelum tu sorang sahabat aku ni pesan lah kat aku, barangmana aku rasa tak selesa dari segi rohani mahupun jasmani, elok-eloklah bangun dan pergi mandi. Segarkan dirimu dengan air. Bukan dengan 100 plus. Zzz.

Sebab air ni ada molekul-molekul ajaib yang bersifat roh. Air tu hidup! Buktinya, bila mana ada pengkaji dari Jepun bernama Kawasaki oh memang tidaklah beliau mengkaji air, ni Dr. Masaru Emoto mengkaji perlaku molekul dalam air yang diberikan beberapa ujian komunikasi kekdahnya. Bila pakcik Jepun ni cakap perkataan-perkataan elok je dan sweet-sweet je, molekul air tu membentuk kristal yang cantik cun melecun kebabom macam kepingan salji tu kan, tapi berbucu 6. Bila pakcik tu sebut je kata-kata nista, mainkan muzik-muzik lagha, kristal air tu jadi huduh mengalahkan belacan penyek. 

Dan lebih menakjubkan, bila dibacakan doa-doa Islam, molekul air tu membentuk kristal yang sangat indah dan bercahaya, bukan aje ada bucu 6, tapi ada daun-daun 5 bucu. Doa tu aku tak pastilah pakcik Moto ni baca ke dia panggil Ustaz ke tapi macam wow lah jugak cerita aku ni. Haa, gigih tau aku kasi kau imagine?

Sembang ayat padu-padu tak guna, cuba kau tengok sendiri. Biau gambau berbicarau.

Gambar bawah ni bila dikomunikasikan dengan kata-kata yang bersifat baik, dan doa-doa.













Gambar di bawah ni pulak bila dikomunikasikan dengan kata-kata bersifat najis (Gambar kanan). Malah, molekul tu terus pecah. Macam down jugak lah kalau kalau nk kasi gambaran manusia macam kita ni. Gila tak down kalau orang hina? Sabo jelah air oi. Heh.













Kalau kau nak tahu lebih lanjut lagi dengan penuh ilmiah, kau belilah buku Mat Moto Jepun ni. Sebut betul-betul, Masaru Emoto. Haa bagus. Buku beliau adalah The Hidden Message in Water. Kalau tak ada duit, tunggu baucer buku. Paham? 

Moral yang aku nak kongsikan kat sini, air tawar tu pun boleh jadi ubat. Jadi penawar. Sebab tulah agaknya bila kita marah, eh kau marah, digalakkan berwuduk. Dengan air. Bukanlah air tu penyembuh, tapi itu adalah perantara. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia, betul tak? Semua ada role dia. Yang penting yakin pada kuasa Allah. Ni aku cakap dekat kau ke dekat diri aku sendiri ni? 

Haha.

Semoga kita semua direzekikan untuk melihat kebenaran itu sebagai kebenaran. Dan direzekikan untuk melihat kebatilan itu sebagai kebatilan. 

Udah-udahlah membiarkan diri diperdaya. Kena kencing hidup-hidup. Jalan yang lurus tak apa. Jangan lurus bendul.

Allahu'alam.



“Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.” 
(Al Anbiya : 30).


Tschus!

Friday, August 22, 2014

Jodoh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Jodoh.

Sebut aje dah bercahaya mata bak lampu torch light.

Baca aje dah berbunga-bunga hati bak bungga manggar.

Dengar aje dah tangkap angau bak ang.

Haha.

Jodoh tu apa sebenarnya? Orang Melayu ni sinonim kaitkan jodoh dengan teman sehidup mati lain-lain. Jodoh itulah suami. Jodoh itulah isteri. Biasalah. Pemikiran Melayu kan sempit. Malas nak mendengar ilmu. Tutup hati dan keraskan kepala nak menyerap benda berguna. Lepas tu, bila orang kata kau bodoh nyata, tahu pulak marah. 

Heh. Tipikal Melayu.

Aku pun tak lah arif pasal jodoh. Bodoh-bodoh alang jugak. Tapi sekurang-kurangnya aku sedar lah jodoh ni luas konsepnya. Jodoh tu pertemuan. Pertemuan tu jodoh. Jodoh tu bukan orang. Jodoh tu terminologi. Paham? Okey paham. Jawab aku sendiri. Almaklumlah, sendiri tanya sendiri jawab. Tu namanya jodoh dengan blog lagi kuat dari manusia. Wakaka. Dah start mengarut nampak?

Aku sebenarnya pening jugak kenapa orang ni suka sangat perihal jodoh (orang) ni. Aku tahu lah best, kalau tak best tu kau memang ada masalah. Lain macam nama masalah kau ni. Haha. Sejak umur kau genap doploh tahun, hah, gelabah tikus lah kau mencari jodoh. Bagai jodoh itu oksigen kau. Makin kau berumur, makin sesak nafas kau kalau tak jumpa jodoh. Hei, meh sini aku nk luku kepala kau sikit, kau rasa bila kau dah jumpa jodoh (orang) kau tu, kau akan berhenti berfeeling dan berangau? Oh yes. Oh no. Yes, jika kau niat mencari jodoh kerana nak menyempurnakan tuntutan iman dan agama. No, bila kau anggap dengan berjumpa confirm jodoh (orang) itu kerana hanya nak menghalalkan seks. 

Haa. Ingat aku bodoh-bodoh alang sangat?

Haha.

Jumpa jodoh (orang) dan bernikah adalah bukan jaminan kau tak akan jatuh cinta lagi. Maksud aku, jatuh cinta selain daripada pasangan hidup yang halal tu. Fitrah manusia memang begitu. Mungkin 2/10 sahaja yang pakai mask dekat mata bila dah nikah, tapi the rest pakai gak mask kat mata lepas nikah cuma hati je pakai contact lens tambah mikroskop. Supaya nampak jelasss aweks hot dan jantan ganteng. Haha. 

Well isteri, don't try this inside or outside home. Tamau nakal-nakal. Jadi isteri yang taat. Lepas dah jumpa jodoh (orang) berupa suami kau tu, sekurang seteruk seburuk sehazabedah mana pun dia, jagalah dia. Tapi for suami, memang itu fitrah kau pun. Tapi, kalau kau matang dan tahu menghargai, mungkin percentage kau nak pakai contact lens tambah mikroskop dekat hati tu kuranglah sikit. Ye dak? 

Ye.

Haha. Lagi jawab sendiri. Sedeh!

Ekceli, ecewah, aku nak cerita kat kau jodoh aku. Ha, nak tau tak jodoh (orang) aku? Tak hingin pun kau nak tahu ye tak? Tapi aku bajet jejaka-jejaka diluar sana mahupun didalam sini gila tak nak tahu? Haha. Sebab jodoh (orang) aku ni perempuan bak ang! Mesti nak tau kan? Ha, silalah ambik tahu kerana beliau masih single, chinese look, manis, sopan, menjaga aurat, budak master, sukakan kanak-kanak dan yang penting, solehah! Hah! Kemahen aku promote. Dah mengalahkan portal cari jodoh dah ha. Bluergh.

Haritu beliau menziarah aku. Maka aku selaku tuan rumah sukan komensewel, telah meraikan tetamu aku ni. Sempena aku bakal bergelar wanita bekerjaya + student postgrad extreme bila nak habis daa tidak lama lagi. Bertambah-tambah lah keroje aku. Weeha.

Presenting. Muka langsat asam boi.




Berilmu. Berharta. Beragama. Berupa. Wah, 4B. Kemain aku promote. Dah macam moto PDRM.





Sesak napas. Sesak napas. Tengok muka sendiri.





Hello Boss! Kau tunggu aku datang lahai!






Maleh aku nak layan ko sembang pasal boipren mahupun gelpren. Wakaka.



Dah. Tido.




Tschus!


Wednesday, August 13, 2014

Nak Tengok Muka Aku Happy Tak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pssttt.

Kau nak tengok muka-muka happy aku tak?

Ha, nampak tak? Cube pejamkan mata lepas tu bayangkan macam mana muka aku kalau happy. 

Cubalah.

Haha. Makan penampor doblas ketul kalau gitu kan. Hikhik.

Nah lah. Malam ni aku kasi kau happy tengok antara muka aku yang sungguh happy tak main-main punya untuk sedekad kebelakang ni. Haha. 

Amaran. Gambar ni langsung aku tak edit. Maka, kau mungkin akan jumpa rupa aku yang macam siput sedut. Macam langsat. Macam kuaci cina. Dan sebagainya. Harap makngah.

Layan.


























Oh ye, nak belanja gambar zaman selekeh yang perangai nak bergambar pun selekeh. Aku rasa bukan kau je boleh diserang sawan ulat gonggok, aku pun boleh berbuih mulut kaler pepel sekali kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni. Apeda sawan! 

Mari gelak berjemaah!

Ah, asalkan aku happy. Kau kesah?

Zaman muda-mudi. Nak buat macam mana. Darah muda yang manis. Ekeke.










Itu sajelah sedikit sebanyak muka-muka kegemilangan punya happy yang dapat aku kongsikan. Aku agak sikit ni punya gambar pun kau dah kutuk aku berbakul-bakul kan? Haha. Sedor lah rupa kuih semperit aku dulu. Ni tahun 2010 ni. Lama dah. Tahun yang paling bahagia dalam hidup aku lepas tahun 1988. Banyak lagi sebenarnya tapi aku sejak meningkat usia ni, pemalu makin bercambah-cambah. Nak bergambar pun malu, inikan pulak nak kongsi gambar dengan kau. 

Agak geli tak statement aku?





Aku harap lepas ni aku dapat bentuk balik muka aku ni kasi happy balik macam zaman muda-muda aku. In shaa Allah.

Harap kita semua happy kan? Jangan lupa Tuhan tau.

Hihi. 



 Tschus!