Rabbi Yassir Walla Tu'assir

Rabbi Yassir Walla Tu'assir
Rabbi Yassir Walla Tu'assir

Monday, October 6, 2014

Bateri Double A.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Aku bukan nak cerita pasal bateri double A pun sebenarnya. Tapi lebih kepada nak mengarut. Ni entri pasal kawan aku, Ain dan Ady bertunang. Last aku pergi kawan aku bertunang/kahwin adalah pada hari raya tahun lepas. Raya keberapa aku tak ingat. Tapi setakat ni, kawan-kawan sekolah je yang aku pergi kenduri kahwin/bertunang. Kawan-kawan uni tak pernah rasanya. Percubaan nak pergi kenduri kahwin paling latest iaitu pada Mei tahun ini adalah gagal sebab aku accident. Yes, on the way pergi kenduri. Jadi tak dikira sebagai menghadiri. Macam pergi tuisyen pulak rupa statement aku ni. Haha.

Semalam, aku berjaya hadir ke majlis pertunangan kawan aku ni. Berjaya katakau. Macamlah sebelum-sebelum ni tak berjaya kan. Tapi memang pun. Hakhak. Gagal. Mungkin aku kena duduk rumah je kot. Jadi budak baik. Tapi semalam aku dapat makan nasik kenduri. Yay! Kesian dekat diri sendiri. Rupa macam gelandangan je bunyi dia. By the way, ececeh, kawan aku ni namanya Ain Amirah atau nama penuh dia Nur Ain Amirah binti Sharifuddin. Haha. Macam confident habis je aku taip nama penuh dia ni. Padahal aku main petik je. Wakaka. Kawan aku ni best. Yang paling best suara dia. Aku pun tak tahu kenapa aku suka suara dia. Macam gila je pengakuan. Matilah kalau dia tahu. Confirm prasang habis.

Ekeke.

Ceritanya, lepas lebih 2 tahun menyulam cinta dalam onak duri penuh ranjau taufan badai halilintar bagai, akhirnya Ain telah selamat dipinang oleh jejaka idaman Ain seorang je, Ady. Nama panjang aku tak tahu. Haha. Tak penting pun nak tahu. Tunang orang. Wakaka. Dua-dua sepadan, bagai selipar sama design dan warna. Yang bestnya, Ain ni dah nak habis study dah, final semester dan nanti habis-habis je study boleh terus kahwin. Huhu. Yang aku sedih ni dah kenapa? Sebab aku tak habis study ke habis study ke tak kahwin-kahwin jugak cerita dia. Bhahaha.

Jadi semalam, aku pergi lah rumah Mak Bapak dia dekat Balakong. Naik komuter aje. Dengan kawan aku, Kak Sue. Psst, Kak Sue ni single. Haha sempat lagi hoi promote. Macam agen Baitulmuslim pun ada aku ni. Ekeke. Pukul 9.30 pagi keluar, majlis pukul 11 pagi, kitorang sampai pukul 11.15 pagi camtu. Sampai je nak sesak napas takut ramai orang dah, tengok-tengok takde pun orang. Fuh, lega mak. Ain pun tak siap lagi time tu. Kemain aku yang nerbes takut orang dah ramai sampai. Segan I ols okey. I ols kan pemalu.

Hikhik.

After all, ni antara gambar yang sempat aku ambik. Sebab ramai orang nak bergambar. Aku pun tak paham. Nak kata glemer, tak jugak. Hakhak. Mati kali kedua aku kalau Ain tahu aku kata dia tak glemer. Gurau ye noks. Dah kenapa aku bercakap macam mak nyah dah ni? Rasa nak muntah keluar bijirin Trix warna-warni pulak rasanya.




































Cuna cari perbezaan. Wakaka. Kbai.








Disebabkan entri ni dah naiktaraf jadi jeruk, maka aku memang malas gila nak edit gambar. Maka korang dapatlah muka ikan masin dekat situ. Zzz.


Selamat meniti zaman pertunangan, Ain dan Ady!



Tschus!

No comments:

Post a Comment